Pages


Al-kisah diriku~

My photo
.::Love marshmallow::. .::Love to talk::. .::143 tillTheEndOfMyLife::.

Friday, August 12, 2011

Disebalik Arus Lawan Jam...

Assalamualaikum wbt...
Terjaga dari lena seawal 4.45am untuk menyiapkan kerja-kerja yang tergendala dek mata yang sepi mengajak untuk bermimpi..Bangun dan terus bukak lappy sayang, bukak projek yang nak kena buat...amik encik beruk dan cucuk encik beruk kat lappy sayang..pastu ngadap pulak muka buku..dengan mamainya bace post dari my akak berkenaan Aura Life - Jam... Jam terbalik? Ape yang terbalik? Nak tau lebih lanjut kenalah baca entri ni sampai abes...hehe (ayat pancing)


Mengikut apa yang dibaca jam lawan arus ni banyak kebaikannya:

"Gerakan jam yang mengikut arus fitrah akan mengubah persepsi pengguna untuk menempatkan sesuatu di bawah kawalan, membantu meringankan penyakit dan bertindak sebagai pencegahan terhadap gangguan radiasi tercemar." 


Sebagai contoh:

KELEBIHAN DAN KHASIAT JAM TANGAN KE KANAN BERTINDAK:
1) Sebagai pengimbang semulajadi setiap detik/saat
2) Menjadikan fikiran lebih tenang dengan penghantaran
mesej tenaga secara tetap dan sekata
3) Membantu mengawal rentak jantung
4) Mengharmonikan sistem kelenjar dengan rangsangan
sistem deria dalam mengesan berbagai bentuk maklumat
dari luar
5) Membantu yang bermasalah halunisasi (kerohanian)
6) Meningkatkan tekanan di sekitar tubuh bagi mengawal
dan mengimbangi aura/cahaya..

petikan dari Aura Life...info lebih lanjut klik SINI


===============================

Setelah baca entri pasal tu...aku pun teruja untuk mengetahui info lebih lanjut pasal lawan arus ni so aku pon dok tanya-tanya dekat pak cik G yang bek hati...maka terjumpa satu entri oleh Ipai kot nama dia...Rajin benau dia membaca....

=============================================
Salam
Aku pernah mendengar ustaz aku berkata dalam ceramahnya;


Dalam dunia ni, hanya jam je berputar ikut arah jam. Selain daripada jam semuanya ikut arah lawan jam


Jadi cuba kita ingat balik, setiap kali korang mengacau minuman kordial atau memasak kuah di dapur, korang mengacau ia dengan mengikut arah putaran jam atau mengikut arah lawan jam ?


Kerana mengikut sunnah Rasulullah SAW, baginda akan mengacau minuman dan mengacau makanan yang dimasak dengan putaran arah lawan jam. Setiap sunnah yang diajarkan kepada kita memang mempunyai kelebihan dan mempunyai sebab yang tersirat. Mungkin kita bertanya dalam diri kita, mengapa begini dan mengapa bukan begitu ?

Kat sekolah dulu kita pernah belajar Petua tangan kanan dalam matapelajaran Fizik/Sains;



Petua tangan kanan ini digunakan untuk menentukan arah pergerakan berdasarkan arah putaran yang berlaku. Merujuk kepada gambar di atas, 4 jari yang membengkok itu merupakan arah putaran, dan ibu jari merupakan arah pergerakannya. 
Jangan malu, jangan segan, praktikan dengan tangan kanan korang. Sekarang bandingkan ia dengan arah putaran jam. Adakah ia lawan jam atau mengikut putaran jam ?


Dalam hukum/petua yang sama ini, jika ada sebatang konduktor yang di kelililingi oleh arus yang mengalir mengikut arah lawan jam (seperti dalam rajah), maka akan terhasil suatu daya elektromagnetik yang menghala ke atas. 


Mari kita lihat contoh lain;

Dalam mengerjakan ibadat haji/umrah, dalam bertawaf para pelaku ibadah haruslah memastikan bahu kiri mereka sentiasa terarah kepada Kaabah. Dan apabila kita melihat kepada putaran jemaah tawaf ini, mereka pun  sedang berputar mengikut arah lawan jam. 

Dengan mengaplikasikan teori yang dinyatakan di atas, ibadat tawaf ini telah menghasilkan satu gelombang elektromagnet yang sangat besar. Putaran arah lawan jam ini telah menghasilkan satu tenaga ke arah atas Kaabah. Kerana itulah berdoa di kawasan Kaabah adalah sangat mustajab, kerana kekuatan doa kita menjadi berlipat kali ganda dan menumpang gelombang eletromagnetik yang dihasilkan. 



Antara contoh lain dalam wayar elektrik;


Arah putaran magnetik menentukan arah pergerakan arus eletrik dalam wayar.


 Sumber: tactic-tech.com
Ingat tak pernah buat eksperimen ni kat sekolah dulu. Kita guna petua tangan kanan ni, untuk tentukan arah arus eletrik daripada positif ke negatif.


Boleh juga dilihat dalam pergerakan elektron dalam atom;
Pergerakan elektron dalam atom adalah mengikut putaran arah lawan jam



Boleh juga dilihat dalam sistem solar kita;




Bumi, planet lain dan Matahari juga berputar pada putaran arah lawan jam.


Jadi marilah kita cuba mengamalkan sunnah Rasulullah ini dengan sebaik-baiknya. Belajar membiasakan diri kita dengan mengacau minuman dan memasak dengan putaran arah lawan jam. Moga ibadah mengacau juga kita boleh amalkan dengan ilmu di samping mendapat manfaat terbaik untuk diri kita.



==========================================

Setelah bace...apa komen anda?
Banyak perkara sebenarnya ikut lawan arus ni kan...

Well, sebenarnya kenapa aku terlalu teruja pasal lawan arus ni adalah kerana aku memiliki seutas jam tangan yang lawan arus...hehe...dan aku jugak ada belikan seutas lagi jam ni untuk akak aku...
Beli tanpa sengaja sebenarnya...auntie kedai tu dah cakap jam tu terbalik tapi aku ingat jam tu diletak terbalik so main amik jela...bile kawan aku tanya jam pukul berapa baru aku terkejut badak tgk kenapa jam aku pelik bagai ni....kehkehkeh..




Beli kat Plaza ape ntah kat bandar A.Star yang dekat dengan Pekan Rabu tu...
Sangat2 suke jam ni...sekarang ni otakku sangat lambat bila tengok jam normal...^^





2 comments:

iPai said...

hee .. tak kisah .. boleh je share macam ni ..

thank u sebab backlink

saya sampai skrang masih tak jumpa lagi jam ni .. tercari2 juga sebenarnya ..

miszLeyaT said...

ngee^^ tanx again...

n wc back jugak...

siyes saye jumpe jam pelik2 terbalik ni banyak kat kedah...kat city plaza kedah...lepas saye sedar yang jam saye ni terbalik...saye p usha2 kat kedai lain plak...then jumpe yang siyes lagi serabut...

Means..kalau nak tgk jam kene tgk berdasarkan jarum panjang dan jarum pendek...harga jam superb serabut camni dalam RM2++...

Popular Posts

cenyuM.CenGet

cenyuM.CenGet
ngee^^

Dup Dap Dup Dap

Hari Bahagia SeAntero Dunia!!

Tetap berjalan walau mati~

Daisypath Friendship tickers

....

Daisypath Friendship tickers

Banyak lagi dalam Cenyum:Cenget

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...