Pages


Al-kisah diriku~

My photo
.::Love marshmallow::. .::Love to talk::. .::143 tillTheEndOfMyLife::.

Thursday, August 25, 2011

Ucapan Selamat Terawal

Selamat Hari Raya ~ untuk kamu (T_T)








...........
..........


Still can't.....
How?
Help me...
I'm tired being like this...

Monday, August 22, 2011

Berat x blog ni?

Assalamualaikum wbt dan salam sejuta senget untuk semua...

Ingin meminta pertolongan rakan sekalian untuk menJUDGE blog ini sebentar..
Beberapa persoalan menari-nari kat minda ni tanpa henti...So juz nak tau..

1. Anda semua rasa blog ni heavy x? (lambat bebenau loadingnyer......)

2. Blog ni messy sangat x ek? (Ada cadangan nak bagi kemas sikit blog ni x?)

3. Apa yang perlu letak & apa yang xperlu letak?

Tu je kot nak tanya...ngee^^

Tambahan bebelan bermanfaat dialu-alukan...maceh  :)

Rindu?


Buat x-roomateku 142,

Hangpa RINDU x kat aku?

Hangpa RINDU x gelak tawa aku?

Hangpa RINDU x nyanyian RETRO aku?

Hangpa RINDU x lagu merapu yang aku ubah sendiri?

Hangpa RINDU x rajuk aku?

Hangpa RINDU x bebelan aku?

Hangpa RINDU x tangis aku?

Hanpa RINDU x gile-gile aku?

Hangpa RINDU x bila aku terjun katil sebab kaki aku kene simpul biawak?

Hangpa RINDU x aku jadi burung hantu?

Hangpa RINDU x bila kita gossip sama2?

Hangpa RINDU x bila kita bosan kita tawaf blok AP3 tu?

Hangpa RINDU x bila kita nyanyi kuat2 sama2?

Hangpa RINDU x bila kita dok cenyum cenget depan pintu sama2 dengan rambut menggerbang?

Hangpa RINDU x bila kita jadi gila bila buat projek?

Hanga tau x setiap masa pun aku RINDU kat hangpa semua….

Huwaaaaa…..

Semoga ukhuwah ini berkekalan sampai ke akhirnya…I'Allah…


Mase Sem 1


Ni pon sem 1 kot...cari gambo len xjumpe plak

Saturday, August 20, 2011

Nama tu dah jadi biru semula!!!

Assalamualaikum wbt dan selamat tengah malam....

Tetiba rasa sumtin' xkena...
Nama tu dah jadik BIRU semula!!!
Bile tekan tengok.....

Yer betol!!!
Memang xsyak lagi...
Tetapi kenapa tetiba jugak aku rasa takut?
Kenapa aku rasa Trauma yang teramat sangat?
Kenapa aku rasa macam nak sembunyi pulak?
Kenapa aku rasa macam nak lari?

Serius...
Aku seperti trauma...
Bukan ini ke yang aku harapkan?
Tapi kenapa aku rasa takut?
Sehingga aku tak dapat tahan air mata ni dari terus mengalir...
Kenapa aku macam ni?
Kenapa aku perlu takut?

Yer...
Mungkin aku takut...
Takut untuk rase sakit...
Walau beribu kali aku katakan pada diri yang aku harus kuat...
Tapi...
Aku masih takut....
Dan aku masih trauma...

Ya Allah ya Tuhanku...
Hanya Kau yang mengetahui perasaanku tika ini...
Ku mohon diperteguhkan hatiku agar kuat menghadapi ujianMu...
Penuhilah aku dengan rasa kasih dan sayang hanya padaMu...
Hanya padaMu ya Allah... T_T

Thursday, August 18, 2011

Sesalkah aku? #Part 1


Assalamualaikum dan selamat sejahtera….

Entri kali ni entri serabut…


 


 

Suatu hari…tika sedang ralit membaca surat khabar, hadir seorang rakan menegur. Rancak bercerita kisah lalu sehingga tiba ke satu cerita dan khabar. Khabar yang cuba dielak dari dulu. Khabar yang cuba lari sejak waktu itu. Khabar yang akhirnya mungkin adalah pengkhabaran terakhir berkenaan seseorang yang akan didengari untuk saat itu, yang telah ditutup dan dibuang sejak lama dahulu. Terpana dan terdiam seketika. Ada kesal disudut rasa hati. Ada sebak mula menerokai jiwa. Jiwa yang dah lama mati dan ingatan yang sudah lama dicampak sejauh-sejauhnya. Sedikit demi sedikit secebis kenangan yang dahulunya dilontar jauh mula muncul semula.

"Sesalkah aku?". "Bahagiakah aku?".

Persoalan demi persoalan terbit. Tiada lagi senyuman itu. Tiada lagi tawa dan kata-kata menjengkelkan dari seseorang itu yang telah lama ditinggalkan sepi tanpa khabar. Ya, dia tahu, dia tahu yang seseorang itu tidak pernah berhenti menunggu dirinya. Tapi, kerana ego, seseorang itu perlu dibiarkan sepi.



"Tidak!apa yang aku buat adalah betul. Itulah balasannya untuk dia. Dia yang telah membuatkan amarah dan kebencianku melangit tinggi. Ya…semuanya kerana dia. Kalau dia ikut kata-kataku, aku tidak mungkin berpaling. Tapi…inikah yang aku inginkan?"









"Fit! ".

"Apa yang kau fikir? Aku tanya tadi…kenapa aku tak nampak batang hidung kau masa tu?".

"Takkan kau tak tahu pasal tu?" kata Ahmad.

"Hmmm…. Haaaa??takpelah…aku ada hal sikit…nanti kita borak lagi k!"



Seraya Fitri mengayun langkah laju menuju ke kereta. Nafas ditarik dan dihembus. Sesak!. Telefon bimbit ditarik keluar dari poket seluar. Nombor seseorang didail…



Tutt…tutt…tutt…

"Hello!"


 


 

==============bersambung==========

Nukilan yang hadir saat keserabutanku CenyumCenget ^^

Xplorasi Klik Berita Harian, saye xdapat lagi hadiahnyer??mane kamu?

Assalamualaikum wbt...

Paham tak tajuk entri Cik Cenget ni?
Haish...actually aritu diriku telah memenangi satu contest dari Berita Harian..
Contest Xplorasi Klik Berita Harian? Tengok SINI

Dah tengok??

Hmm..Memangla xbanyak mana kan aku menang tapi ingin jugak la nak merasa duit yang bertuah tu...
Bertuah ke? Opkos la aku rase bertuah...Main bape kali je dah berhenti...Tetibe dapat kol 'termenang' pulak..
Lagi satu, risau ar jugak kan aritu betol ke orang BH yang tepon n mintak no akaun aku?
Tapi bile check kenapa duitnya still segitu jugak...

Sebenarnya tengah sengkek ...huhu tu pasal rase bertuahnya kalau dapat duit tuh sekarang..huhu




Gambar sekadar hiasan ^^

Tuesday, August 16, 2011

Time kebosanan dan kegilaan nak edit datang...

Hehe...nak show satu bende...bende yang aku paling suke buat kalau aku buhsan yang teramat tapi xmau p kemana2,,,,
Well...

Pic kali ini mengisahkan aku di suatu petang....
Sedang aku berjalan2 di sekitar Universiti tercintak...
Tetiba aku ternampak periuk besar mendarat di tengah2 padang golf...
Serius aku terpana seketika sambil mulut melopong....

Lalu keluar lah seketul dua tiga empat ketol makhluk dari periuk besar itu...
makhluk itu bergerak maju setapak dua tapak dan bertapak2 terus menuju ke arah aku yang mulut masih terlopong dari tadi...
Erkkkk...
Apakah makhluk2 ini??
seperti manusia...tapi macam bukan...
Dipendekkan kaki dan dipanjangkan cerita....
Aku dan makhluk2 itu telah bersama2 menghabiskan sisa2 waktu petang yang ada pada hari itu dengan hati yang gumbira....

Nak tengok x rupe mereka???
cer scroll2 ke bawah...hehe ^^





,,,




,,,,



,,,,




,,,,

tomey kan mereka...saye sayang mereka ^^
Sori buat cter ngarut...


Ni lagi satu Ketua makhluk yang sesat...masih ade kat Dpp Muamalat...xcayer...p cari..
Ssshhh...tapi die ni ramai kembar tau..huhu


Sekian sahaja...
Coretan Cenget ^^

Apa yang aku rasa bila ada pasangan sedang bergaduh?

Bila pasangan bergaduh?

Huahahaha...tajuk entri kali ni meleweh sungguh...
Tapi nak jugak cakap...sebab penat ar dok tahan dalam hati xbole nak luah kat mana2...
Huhu...Xkan sume bende aku nak cakap direct kat member kan? So cara yang best, aku nak tulis dalam ni...
Huahahaha...

"Tapi ni bukan kire direct jugak ke?"

Hmmm..ntah ek...haha...xkot...ni hanya kiasan...kuikui...
Aku ade je diari yang berbentuk buku tu...tapi aku xbawak bersama untuk berhijrah dengan aku ke Island ni...
So, tu pasal aku dok luah banyak bende dalam ni...


"Ada ke orang nak baca?"

Ada ke...xde ke..biarlah...orang lalu lalang kat sini bukan suke pon nak menetap kat blog merapu ni...
So...sekarang aku nak bebel sat kat sini.

"Lorrr...bukan dari tadi dah start merapu ke? yang panjang2 kat atas tu ape?"


Okeh...back to the title.
Kalau aku dengar kapel gado...ape aku rase?
Korang rase aku rase ape? Suke???
Wahhhhh!!!!Sukenyerrrrr...huahahaha...

Woit!!x ar...aku rase...
Aku rase SESAK...
Aku rase nak lari jauh2...
Aku rase aku nak jerit kuat2...
Aku rase nak nangis laju2....
Aku rase nak pi tempat yang paling tenang & damai sekali...
Aku rase n aku harap yang Tuhan akan pegang erat2 hatiku agar aku terus kuat...
Aku rase TRAUMA...

Macam2 yang aku rase...
Kenapa??
Sebab aku memang Trauma...
Aku pernah alaminya..
Dan aku xsanggup alaminya lagi...
Dalam situasi macam tu...
segala sifat2 buruk semua mai tandang dalam diri kita...
Rasa marah...
Rasa nak maki...
Rasa nak hamun...
Pastu mulalah nanti JK aka Jiwe Kacau terlebey...
Sudahnya menangis tak henti2...
Kemudian pula mata membengkak bak panda di Zoo...
Kepala senoneng seperti keretapi meliuk-lenggok...
Dan...emo terpalit pada orang sekeliling...(paham x ayat ni?)

Sebab tula aku xbole dengar...
Dan aku xmau dengar...
Aku hanya mampu berdoa dan berharap...
Aku tidak terjebak lagi dengan keadaan seperti itu...
Aku hanya perlukan Dia yang Maha Pengasih...
Lagi Maha Penyayang...

Monday, August 15, 2011

B.O.S.A.N

Apa itu B.O.S.A.N???


B- Buang
O-Orang 
S- Sengal
A- Atas
N- Nipah
???



KISAH KUCING TAK KENANG JASA MANUSIA?

KISAH KUCING TAK KENANG JASA. MANUSIA?

Telah lalu seorang hakim di hadapan rumah seorang lelaki yang sedang memukul seekor kucing.
Lalu hakim itu bertanya sebab ia memukul kucing tersebut. Dijawabnya bahawa ia telah menjumpai
kucing itu di suatu lorong dalam keadaan kesejukan dan lemah. Ia mengambilnya dan memberi makan minum
hingga benar-benar sihat.Tetapi setelah itu, kucing berkenaan telah membuang najis merata-rata di dalam rumahnya.

Hakim tersebut berkata, "Inilah ibarat dan peringatan Allah kepada kita. Dia memelihara kita daripada kecil dengan rezeki,
pakaian dan segala-galanya. Tetapi setelah begitu banyak nikmat diberikan, kita kembali durhaka kepada Allah dengan
meninggalkan suruhannya dan melakukan apa yang dilarangNya. Tetapi Allah tetap memberi kita rezeki dan rahmatnya
walaupun kita derhaka dan engkar. Dia masih belum menyiksa dan memukul kita."

Apa pandangan anda? Adakah kita seperti kucing tersebut atau lebih teruk lagi?

Friday, August 12, 2011

Disebalik Arus Lawan Jam...

Assalamualaikum wbt...
Terjaga dari lena seawal 4.45am untuk menyiapkan kerja-kerja yang tergendala dek mata yang sepi mengajak untuk bermimpi..Bangun dan terus bukak lappy sayang, bukak projek yang nak kena buat...amik encik beruk dan cucuk encik beruk kat lappy sayang..pastu ngadap pulak muka buku..dengan mamainya bace post dari my akak berkenaan Aura Life - Jam... Jam terbalik? Ape yang terbalik? Nak tau lebih lanjut kenalah baca entri ni sampai abes...hehe (ayat pancing)


Mengikut apa yang dibaca jam lawan arus ni banyak kebaikannya:

"Gerakan jam yang mengikut arus fitrah akan mengubah persepsi pengguna untuk menempatkan sesuatu di bawah kawalan, membantu meringankan penyakit dan bertindak sebagai pencegahan terhadap gangguan radiasi tercemar." 


Sebagai contoh:

KELEBIHAN DAN KHASIAT JAM TANGAN KE KANAN BERTINDAK:
1) Sebagai pengimbang semulajadi setiap detik/saat
2) Menjadikan fikiran lebih tenang dengan penghantaran
mesej tenaga secara tetap dan sekata
3) Membantu mengawal rentak jantung
4) Mengharmonikan sistem kelenjar dengan rangsangan
sistem deria dalam mengesan berbagai bentuk maklumat
dari luar
5) Membantu yang bermasalah halunisasi (kerohanian)
6) Meningkatkan tekanan di sekitar tubuh bagi mengawal
dan mengimbangi aura/cahaya..

petikan dari Aura Life...info lebih lanjut klik SINI


===============================

Setelah baca entri pasal tu...aku pun teruja untuk mengetahui info lebih lanjut pasal lawan arus ni so aku pon dok tanya-tanya dekat pak cik G yang bek hati...maka terjumpa satu entri oleh Ipai kot nama dia...Rajin benau dia membaca....

=============================================
Salam
Aku pernah mendengar ustaz aku berkata dalam ceramahnya;


Dalam dunia ni, hanya jam je berputar ikut arah jam. Selain daripada jam semuanya ikut arah lawan jam


Jadi cuba kita ingat balik, setiap kali korang mengacau minuman kordial atau memasak kuah di dapur, korang mengacau ia dengan mengikut arah putaran jam atau mengikut arah lawan jam ?


Kerana mengikut sunnah Rasulullah SAW, baginda akan mengacau minuman dan mengacau makanan yang dimasak dengan putaran arah lawan jam. Setiap sunnah yang diajarkan kepada kita memang mempunyai kelebihan dan mempunyai sebab yang tersirat. Mungkin kita bertanya dalam diri kita, mengapa begini dan mengapa bukan begitu ?

Kat sekolah dulu kita pernah belajar Petua tangan kanan dalam matapelajaran Fizik/Sains;



Petua tangan kanan ini digunakan untuk menentukan arah pergerakan berdasarkan arah putaran yang berlaku. Merujuk kepada gambar di atas, 4 jari yang membengkok itu merupakan arah putaran, dan ibu jari merupakan arah pergerakannya. 
Jangan malu, jangan segan, praktikan dengan tangan kanan korang. Sekarang bandingkan ia dengan arah putaran jam. Adakah ia lawan jam atau mengikut putaran jam ?


Dalam hukum/petua yang sama ini, jika ada sebatang konduktor yang di kelililingi oleh arus yang mengalir mengikut arah lawan jam (seperti dalam rajah), maka akan terhasil suatu daya elektromagnetik yang menghala ke atas. 


Mari kita lihat contoh lain;

Dalam mengerjakan ibadat haji/umrah, dalam bertawaf para pelaku ibadah haruslah memastikan bahu kiri mereka sentiasa terarah kepada Kaabah. Dan apabila kita melihat kepada putaran jemaah tawaf ini, mereka pun  sedang berputar mengikut arah lawan jam. 

Dengan mengaplikasikan teori yang dinyatakan di atas, ibadat tawaf ini telah menghasilkan satu gelombang elektromagnet yang sangat besar. Putaran arah lawan jam ini telah menghasilkan satu tenaga ke arah atas Kaabah. Kerana itulah berdoa di kawasan Kaabah adalah sangat mustajab, kerana kekuatan doa kita menjadi berlipat kali ganda dan menumpang gelombang eletromagnetik yang dihasilkan. 



Antara contoh lain dalam wayar elektrik;


Arah putaran magnetik menentukan arah pergerakan arus eletrik dalam wayar.


 Sumber: tactic-tech.com
Ingat tak pernah buat eksperimen ni kat sekolah dulu. Kita guna petua tangan kanan ni, untuk tentukan arah arus eletrik daripada positif ke negatif.


Boleh juga dilihat dalam pergerakan elektron dalam atom;
Pergerakan elektron dalam atom adalah mengikut putaran arah lawan jam



Boleh juga dilihat dalam sistem solar kita;




Bumi, planet lain dan Matahari juga berputar pada putaran arah lawan jam.


Jadi marilah kita cuba mengamalkan sunnah Rasulullah ini dengan sebaik-baiknya. Belajar membiasakan diri kita dengan mengacau minuman dan memasak dengan putaran arah lawan jam. Moga ibadah mengacau juga kita boleh amalkan dengan ilmu di samping mendapat manfaat terbaik untuk diri kita.



==========================================

Setelah bace...apa komen anda?
Banyak perkara sebenarnya ikut lawan arus ni kan...

Well, sebenarnya kenapa aku terlalu teruja pasal lawan arus ni adalah kerana aku memiliki seutas jam tangan yang lawan arus...hehe...dan aku jugak ada belikan seutas lagi jam ni untuk akak aku...
Beli tanpa sengaja sebenarnya...auntie kedai tu dah cakap jam tu terbalik tapi aku ingat jam tu diletak terbalik so main amik jela...bile kawan aku tanya jam pukul berapa baru aku terkejut badak tgk kenapa jam aku pelik bagai ni....kehkehkeh..




Beli kat Plaza ape ntah kat bandar A.Star yang dekat dengan Pekan Rabu tu...
Sangat2 suke jam ni...sekarang ni otakku sangat lambat bila tengok jam normal...^^





Thursday, August 11, 2011

Sampai satu saat nanti....

Dan pabila sampai satu saat nanti aku xmampu lagi mencarimu...
Saat aku terbujur kaku...
Adakah saat itu kau akan mencariku?

Tolong bagitau sama dia yang kucari...
Apakah terlalu besar kesalahanku sehingga dia buang aku begini...
Kenapa dia block segalanya tentang aku?
Jahat sangatkah aku?
Kejam sangatkah aku?

Dan bagitau jugak pada dia yang kucari...
Aku xpernah benci pada dia yang kucari...
Segalanya masih sama...

Terima kasih jugak untuk dia...
Kerana sekarang hatiku lebih kepada Dia yang Maha Esa...
InsyaAllah...

Wednesday, August 10, 2011

Wordless Wednesday #3 | Momento

Girang dan riang

*Ade kejadian yang berlaku disebalik gambar ini.... ^^ SADIS
Will Story mory later...

NAMA SYAITAN DALAM AL-FATIHAH

NAMA SYAITAN DALAM AL-FATIHAH

Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud di dalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.

Nama syaitan;

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH

2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB

3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU

4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK

5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS

SIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.

AMIN — hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA — dua harakat, MIN— 3 harakat, semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat.




Insya-Allah. semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.

Animasi 3D

Assalamualaikum wbt n salam sejahtera...

Hari ini terasa ingin meluahkan sesuatu soal internku n soal project ku....
Well...tetibe arini terasa lelah sesangat untuk wat animasi 3D ni...
Hmmm...bukan xminat...cuma mati akal je nak continue with Rigging part...
Seriously nak habaq...antara banyak2 part ni...part Rigging la aku failed sesangat...
Sebabnya???Sebabnya aku really2 x dapat tangkap cara2 untuk Rigging melalui tutorial2 yang ade dalam internet...Part lain aku bole ar nak refer pada tutorial yang melambak tu...but not for dis part...rase lelah dah...
dunno how to start...dunno how to go further...

Really need someone!!!yang bole ajar aku...
Hah??korang tanya kenapa xmintak tolong senior2 kat opis ajar ke??fuh..fuh..no senior staff kat sini...aku dapat hopis yang tidak ada staff...kecuali bos yang satu tu...tapi bos aku tu master in IT field je...I'm only beginner in 3..So i shud study everything by myself...so hard lorrrr...Memang la xdinafikan setiap orang pun akan belajaq sendiri untuk meMasterkan diri...tapi aku yang lam** ni??payah lorrr...Plus wit aku tidak pernah diajar bahagian rigging menggunakan software Autodesk Maya or even Blender...but  a little bit in 3Ds Max (itu pon aku still xdapat catch up sepenuhnya)...dan waktu intern ni plak I prefer to use Autodesk Maya  to modelling the character...i want to go further wit dis Maya but feel 'sick' wit the rigging part!!!

Bagi aku la kan...the important part in 3D animation is the rigging part...kalau rigging failed means dat the animation also will going to be failed too...itu adalah pendapat aku as a beginner...dunno bout others yang expert in this field...

Huwaaaa...kenapa dalam bengkel tu x ajar kami buat rigging part...fenin...fenin i tauuu....
Sebulan bengkel wit Blender hanya ajar animation sahaja...SEBULAN ok!!wit Animation!!!FOCUS!!!
3 hari sahaja MODELLING wit MAYA!!!hanya MODELLING!!! Nak menangis aku rasa bile xdapat buat Rigging ni...padahal inilah part yang penting...kalau BERJAYA part ni...maka Berjayalah untuk aku menggerakkan atau dengan erti kata lain animate'kan character2 yang dah siap untuk di'animatekan itu...


Aku suka buat ni...tapi aku xsuka bila aku xdapat buat dengan baik apa yang aku suka...
Sedih tawuuu...Hope sangat...program untuk 3D U aku ni diperbaiki...means...jangan hanya memfokuskan pada "How to animate" ONLY....tetapi kalau boleh...fokus la pada semua...actually, sebulan tu aku rasa cukup untuk ajar the whole parts about 3D animation ni (for the basic knowledge ar)...contoh la kan...ape kata lepas ni kalau nak ajar...ajar fokus pada sesuatu...contoh..

Contoh tu nnt ar cerita...kalau aku lupa ingatkan ek...

To be Continue....

Tuesday, August 9, 2011

Adab bersendawa

ADAB BERSENDAWA

Hendaklah berusaha supaya tidak bersendawa, menghindari makanan yang menyebabkan sendawa atau makanan yang banyak. Jika
tidak dapat menghindarinya, bersendawalah dengan suara yang ringan, dan kemudian bacalah istighfar sesudah sendawa.

Sabda Rasulullah: 

Dari Abu Juhaifah r.a katanya, "Aku memakan kepingan roti dan daging, kemudian aku
mendatangi Nabi s.a.w lalu aku sendawa. Baginda bersabda: Pendekkan sendawamu, kerana sesungguhnya orang
yang paling lapar pada hari kiamat kelak ialah orang yang paling kenyang di dunia."

12 Barisan Di Akhirat


12 BARISAN DI AKHIRAT

     Suatu ketika, Muaz bin Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: "Wahai Rasulullah, tolong
     huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT: "Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang
     berbaris-baris" Surah an-Naba':18. Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian
     dengan air mata. Lalu menjawab: "Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang
     amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing
     dengan pembawaan mereka sendiri...." Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-

     BARISAN PERTAMA - Diiring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini
     dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang-orang yang
     sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka
     adalah neraka..."

     BARISAN KEDUA - Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang  Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah
     balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

     BARISAN KETIGA - Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala
     jengking.

     "Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali
     mereka adalah neraka..."

     BARISAN KEEMPAT - Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut
     mereka.

     "Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka
     adalah neraka..."

     BARISAN KELIMA - Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT
     menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. "Mereka itu
     adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula
     rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

     BARISAN KEENAM - Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan.

     "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka
     adalah neraka..."

     BARISAN KETUJUH - Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar
     nanah dan darah. "Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka
     inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

     BARISAN KELAPAN - Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.
     "Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah
     neraka..."

     BARISAN KESEMBILAN - Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. "Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah
     neraka..."

     BARISAN KESEPULUH - Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit
     sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan
     tempat kembali mereka adalah neraka..."

     BARISAN KESEBELAS - Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka
     memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur
     memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang minum
     arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

     BARISAN KEDUA BELAS - Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan
     purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka, datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha
     Pengasih memaklumkan:

     "Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka,
     mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka
     inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan
     keredhaan Allah Yang Maha Pengasih..."

     Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau
     merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya.

Sumber : somewhere dah lupe

Medley aku~


~Genggaman tanganku terbuka sepi
Mendambar dirimu satu ilusi
Bintang yang kugapai tak berpanjangan
Hadirmu di dunia hanya pinjaman~

‎~Jawab... jawablah tanyaku ini
Apa ku telah di hatimu
Atau kau hanya mimpiku
Tolong katakan katakan padaku bila
Ku tak ada di hatimu
Biarlah kau hidup di mimpiku~


Cinta ini membodohkan aku
Menutup akal sehatku
Andai engkau tak di sisi
Risau isi jiwaku

Selama kau belum jadi
Milikku yang utuh
Aku akan slalu milikimu
Selama bumi masih kan terus berputar
Aku akan selalu menujumu
Walau ke ujung dunia

Suatu hari nanti
Detik waktu kan terhenti
Hingga akhir nafasku
Bila sampai nya waktu terindah



I see you all the time
Never see you smile
I try to picture what's going on in your mind
He leaves you every night by yourself
He took your love and put it on the shelf
He doesn't really care... how you feel...
You should be moving on girl what's the deal?
I wanna see you out that door... cause girl you know you're worth much more
So baby tell me why you stick around
Always lonely and you only wear a frown
He don't treat you good and you know
The only thing left is for you to go
You shouldn't live a lie with someone
When deep inside you know he ain't the one
I don't know what to say no more
I wanna see you out that door

Ya azizi (my dear) ismaeeni (listen to me)
I really don't wanna see u cry
Mujhko samjo dil pe mata lo (understand me don't take it to heart)
Don't wanna see another tear in your eye
Baby break away
Let him go
I don't know what he's done to you
But I know that it's time to move on
Girl your love is blind

Girl I understand
That you're scared
And you feel that you might never love again
But baby that ain't true
No no no


I know that there is someone there for you


Someone there will see
That you are worth
An undiscovered treasure on this earth
Girl you know you're worth much more
I wanna see you out that door


Ya azizi (my dear) ismaeeni (listen to me)
I really don't wanna see u cry
Mujhko samjo dil pe mata lo (understand me don't take it to heart)
Don't wanna see another tear in your eye
Baby break away
Let him go
I don't know what he's done to you
But I know it's time to move on
Girl your love is blind

Ya azizi (my dear) ismaeeni (listen to me)
I really don't wanna see u cry
Mujhko samjo dil pe mata lo (understand me don't take it to heart)
Don't wanna see another tear in your eye
Baby break away
Let him go
I don't know he's done to you
But I know it's time to move on

The Truly of Wong Fei Hung...tak kusangka...


Selama ini kita hanya mengenal Wong Fei Hung sebagai jagoan Kung fu dalam film Once Upon A Time in China. Dalam film itu, karakter Wong Fei Hung diperankan oleh aktor terkenal Hong Kong, Jet Li. Namun siapakah sebenarnya Wong Fei Hung?

Wong Fei Hung adalah seorang Ulama, Ahli Pengobatan, dan Ahli Beladiri legendaris yang namanya ditetapkan sebagai Pahlawan Nasional China oleh pemerintah China. Namun Pemerintah China sering berupaya mengaburkan jatidiri Wong Fei Hung sebagai seorang muslim demi menjaga supremasi kekuasaan Komunis di China.

Wong Fei-Hung dilahirkan pada tahun 1847 di Kwantung (Guandong) dari keluarga muslim yang taat. Nama Fei pada Wong Fei Hung merupakan dialek Canton untuk menyebut nama Arab, Fais. Sementara Nama Hung juga merupakan dialek Kanton untuk menyebut nama Arab, Hussein. Jadi, bila di-bahasa-arab-kan, namanya ialah Faisal Hussein Wong.



Ayahnya, Wong Kay-Ying adalah seorang Ulama, dan tabib ahli ilmu pengobatan tradisional, serta ahli beladiri tradisional Tiongkok (wushu/kungfu). Ayahnya memiliki sebuah klinik pengobatan bernama Po Chi Lam di Canton (ibukota Guandong). Wong Kay-Ying merupakan seorang ulama yang menguasai ilmu wushu tingkat tinggi. Ketinggian ilmu beladiri Wong Kay-Ying membuatnya dikenal sebagai salah satu dari Sepuluh Macan Kwantung. Posisi Macan Kwantung ini di kemudian hari diwariskannya kepada Wong Fei Hung.




Kombinasi antara pengetahuan ilmu pengobatan tradisional dan teknik beladiri serta ditunjang oleh keluhuran budi pekerti sebagai Muslim membuat keluarga Wong sering turun tangan membantu orang-orang lemah dan tertindas pada masa itu. Karena itulah masyarakat Kwantung sangat menghormati dan mengidolakan Keluarga Wong.

Pesakit klinik keluarga Wong yang meminta bantuan pengobatan umumnya berasal dari kalangan miskin yang tidak mampu membayar biaya pengobatan. Walau begitu, Keluarga Wong tetap membantu setiap pesakit yang datang dengan sungguh-sungguh. Keluarga Wong tidak pernah pandang bulu dalam membantu, tanpa memedulikan suku, ras, agama, semua dibantu tanpa pamrih.

Secara rahsia, keluarga Wong terlibat aktif dalam gerakan bawah tanah melawan pemerintahan Dinasti Ch’in yang korup dan penindas. Dinasti Ch’in ialah Dinasti yang merubuhkan kekuasaan Dinasti Yuan yang memerintah sebelumnya. Dinasti Yuan ini dikenal sebagai satu-satunya Dinasti Kaisar Cina yang anggota keluarganya banyak yang memeluk agama Islam.

Wong Fei-Hung mulai mengasah bakat beladirinya sejak berguru kepada Luk Ah-Choi yang juga pernah menjadi guru ayahnya. Luk Ah-Choi inilah yang kemudian mengajarinya dasar-dasar jurus Hung Gar yang membuat Fei Hung sukses melahirkan Jurus Tendangan Tanpa Bayangan yang legendaris. Dasar-dasar jurus Hung Gar ditemukan, dikembangkan dan merupakan andalan dari Hung Hei-Kwun, kakak seperguruan Luk Ah-Choi. Hung Hei-Kwun adalah seorang pendekar Shaolin yang lolos dari peristiwa pembakaran dan pembantaian oleh pemerintahan Dinasti Ch’in pada 1734.

Hung Hei-Kwun ini adalah pemimpin pemberontakan bersejarah yang hampir mengalahkan dinasti penjajah Ch’in yang datang dari Manchuria (sekarang kita mengenalnya sebagai Korea). Jika saja pemerintah Ch’in tidak meminta bantuan pasukan-pasukan bersenjata bangsa asing (Rusia, Inggris, Jepang), pemberontakan pimpinan Hung Hei-Kwun itu niscaya akan berhasil mengusir pendudukan Dinasti Ch’in.

Setelah berguru kepada Luk Ah-Choi, Wong Fei-Hung kemudian berguru pada ayahnya sendiri hingga pada awal usia 20-an tahun, ia telah menjadi ahli pengobatan dan beladiri terkemuka. Bahkan ia berhasil mengembangkannya menjadi lebih maju. Kemampuan beladirinya semakin sulit ditandingi ketika ia berhasil membuat jurus baru yang sangat taktis namun efisien yang dinamakan Jurus Cakar Macan dan Jurus Sembilan Pukulan Khusus.

Selain dengan tangan kosong, Wong Fei-Hung juga mahir menggunakan bermacam-macam senjata. Masyarakat Canton pernah menyaksikan langsung dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana ia seorang diri dengan hanya memegang tongkat berhasil menghajar lebih dari 30 orang jagoan pelabuhan berbadan kekar dan kejam di Canton yang mengeroyoknya karena ia membela rakyat miskin yang akan mereka peras.

Dalam kehidupan keluarga, Allah banyak mengujinya dengan berbagai cobaan. Seorang anaknya terbunuh dalam suatu insiden perkelahian dengan mafia Canton. Wong Fei-Hung tiga kali menikah karena istri-istrinya meninggal dalam usia pendek. Setelah istri ketiganya wafat, Wong Fei-Hung memutuskan untuk hidup sendiri sampai kemudian ia bertemu dengan Mok Gwai Lan, seorang perempuan muda yang kebetulan juga ahli beladiri.

Mok Gwai Lan ini kemudian menjadi pasangan hidupnya hingga akhir hayat. Mok Gwai Lan turut mengajar beladiri pada kelas khusus perempuan di perguruan suaminya.

Pada 1924 Wong Fei-Hung meninggal dalam usia 77 tahun. Masyarakat Cina, khususnya di Kwantung dan Canton mengenangnya sebagai pahlawan pembela kaum mustad’afin (tertindas) yang tidak pernah gentar membela kehormatan mereka. Siapapun dan berapapun jumlah orang yang menindas orang miskin, akan dilawannya dengan segenap kekuatan dan keberanian yang dimilikinya.

Wong Fei-Hung wafat dengan meninggalkan nama harum yang membuatnya dikenal sebagai manusia yang hidup mulia, salah satu pilihan hidup yang diberikan Allah kepada seorang muslim selain mati Syahid. Semoga segala amal ibadahnya diterima di sisi Alah Swt dan semoga segala kebaikannya menjadi teladan bagi kita, generasi muslim yang hidup setelahnya. Amin.





Sumber k0pi n pasta: Teh Secawan 

Monday, August 8, 2011

The promises or Janji



"Seberapa kuat n erat n kukuh kite berpegang pada janji n menuntut janji itu,tapi kalau org yang berjanji atau menerima janji atau seangkatan dengan janji itu kate "itu hanya sekadar janji...org lain pon berjanji tapi xmengotakan janji n juz let the JANJI Go!!"...janji itu tetap sekadar janji yang hanya sebelah pihak sahaja akan ingat...Menuntut satu janji itu sebenarnya SADIS...Janji jugak bole memakan diri kite sendiri jika kita tidak mengawal pikiran kita kepada janji itu...jgn biarkan diri SAKIT kerana janji..(merapu dikala petang soal janji).."




#Begitulah kata2 xbersusun ku pada seorang rakan...keteraburan kan ayatku..Kenapa berkata begitu?Kerana diri sendiri pernah mengalaminya dan merasainya...

Serius...bile kite ingat pada JANJI yang telah diJANJIkan tapi tidak dikotakan...diri kite sendiri akan rasa sakit...kalau kita xmampu untuk kawal mind kite...segala anasir2 jahat akan membelenggu fikiran kita...sudahnya, bermacam2 perasaan jugak akan masuk dan menggodam sistem otak kite daripada berfungi dengan waras dan kemudiannya menjadi tidak waras gara2 hanya mengingatkan JANJI yang sudah lama ditinggalkan orang yang berJANJI itu...

So...untuk tidak mahu hati lebih sakit dan parah kerana mahu janji itu dikota...juz let the JANJI tu berlalu macam angin sepoi2 melanggar pipi anda yang comel n gebu itu...jangan terlalu berharap 100% yang janji itu akan termaktub menjadi benar-sebenar-benarnya kejadian...okeh??bereh...anda perlu perlu n PERLU!! melupakan itu...tapi satu perkara yang saye lupe nak cakap...jike kite sendiri yang berJANJI...seboleh mungkin kita tunaikan JANJI kita...kerana ape??kerana antara perbezaan orang beriman dengan orang munafiq terletak pada janjinya...dan perlu diingat juga!!JANJI itu mestilah bertepatan dengan kemampuan diri kita...dan tidak menyalahi hukum Islam...dan tidak juga menyakiti mana2 pihak sama ada sakit hati atau juga sakit fizikal atau juga sakit mental... =.=" (ape aku ckp ni??)...dan begitulah...


Hanya kerana JANJI...
Minda jadi lari...
Hanya kerana JANJI...
Diri menjadi mati...
Hanya kerana JANJI...
Semua akan berlalu PERGIIIII...
*sebab??
Sebab xsedar pe yang berlaku hanya kerana terlalu pikirkan soal JANJI...

tetapi

========

JANJI ALLAH ITU PASTI... ^^

xkiralah apa yang ALLAH SWT janjikan kerana Janji Allah itu tidak terkira banyaknyer untuk hamba2Nya..tapi janjiNya adalah pasti...walau lambat walau cepat ia tetap ditunaikan

Semoga kita sentiasa ingat-mengingati antara satu sama lain dalam apa jua perkara sekalipun dan bersama-samalah menyeru kepada Amal Makruf Nahi Mungkar...insyaAllah ^^




Firman Allah SWT:

"Orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah dan orang-orang yang membantu, merekalah orang-orang yang benar-benar beriman. Dan bagi mereka keampunan dan rezeki yang melimpah ruah" At-Taubah :20





pasni nak try kuarkan pic dari hasil tgn gatal saye je arh...hehe 



Debaran mula terasa untuk event seterusnya...

Salam untuk semua...
Well sekarang jam menunjukkan pukul 12.21pm (kat lappy ku)..
Arini tetibe jantung dup dap dup dap bile bos tanya pasal projek n cakap dengan sungguh2 yang kami punya projek will show up to our Prime Minister on Raya may be...
Waahhh...sangat worry coz we still beginner n da animation is not gud enuf to show to others..
Memang la before ni dah buat launching dah kat sini...but xsangke rupenyer ade 1 lagi big launching at KL...
Nebes..nebes...
Ya Allah..hanya padaMu aku bermohon...semoga kau permudahkan segalanya nanti...Amin 


dalam usaha sedang m'edit video ini...

Pernah x anda rasa erti kebahagiaan sebenar....

Saat takbir diangkat...
Hati terusik hiba...
Saat Ummul Kitab dialun...
Mata mula bergenang...
Saat ayat-ayat suci diteruskan...
Air mula menitis...
Saat rukuk padaNya...
Semakin kecil diri ini...
Saat sujud padaNya...
Jiwa menjadi tenang...
Diri menjadi insaf...
Terasa ingin sekali terus sujud kepadaNya...
Terasa pilu untuk bangun dari terus menyembahNya...
Terasa kerinduan memenuhi seluruh jiwa untuk terus bersamaNya...
Terasa tika ini lah kebahagiaan menyelubungi seluruh jiwa dan hati...
Bersama air mata bersujud dengan penuh rasa syukur,
rasa rindu, rasa insaf, dan rasa cinta hanya padaNya...
Dan pabila bangun...
Terasa ingin sekali lagi sujud menyembah padaNya...
Ingin menyerahkan diri sepenuhnya padaNya...
Kerinduan padaNya xdapat dibendung...
Dan air mata sekali lagi mengalir laju kerana cinta dan kasih diserahkan hanya padaNya yang Esa...
Subhanallah...Sungguh indah saat rasa itu menyelubungi jiwa ini...
Sehingga terasa ingin terus terus dan terus bersamaNya...
Pernahkah anda rasa sebegini?
 Semoga hati ini sentiasa dipenuhi dengan rasa Cinta dan Kasih yang tinggi  hanya kepadaNya...
Ya Allah...Ya Rahman...Ya Rahim...
Hidup dan matiku hanya untukMu Ya Allah ^^
Matikanlah aku dalam iman...

(NLMT'11)

Saturday, August 6, 2011

Kawan2ku yang senget...

Okeh..entri kali ni pasal kawan2 guwe yang superb senget...

Dah p jumpe blog ni...kecoh macam mak nenek..haku nyer suke nak tulis hape yang haku hendak dalam ni...

Ape yang dorg nak dari blog???

1. Nak download link
    Eh budak!!hang kan terer bab2 cari donlod2 link ni..pe kate hang share kat aku pastu aku share kat cni...

2. Pun nak download link gak
    Eh budak...awat hang suke mendonlod ek???

3. Nak gambar lawa2...
    Eh budak!!hang nak gambar lawa2 camna?
    Gambar pompuan lawo ke? gambo pemandangan yang lawo ke?gambo muke aku yang lawo?hahahaha

4. Seterusnya....sila komen kat bawah kalau anda nak hape-hape..hokeh???Deal???

Thursday, August 4, 2011

Wordless Wednesday #2 | Coolblog




Tetibe teringat mende alah ni...dah beberapa hari tidak meminumnya...

Wednesday, August 3, 2011

Hanya dengan invite friend bole dapat reward!!!

Hai geng!!!Hanya dengan invite friend je bole dapat reward!!!
Klik picta bawah untuk join k!!! ^^

Monday, August 1, 2011

Ramadhan Kareem~

Alhamdulillah...
Bersyukur kehadrat Ilahi kerana diberi kesempatan menyambut Ramadhan kali ini...
Bersyukur juga kerana dapat menunaikan terawih bersama-sama keluarga tersayang...
Tiba-tiba...
Hati rasa sayu...
Hati rasa pilu...
Seperti terpandang kelibat arwah di sekitar masjid...
Ramadhan ke-5 tanpamu ayah... :(

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini lebih bermakna dari tahun2 sudah...Semoga tahun ini dapat mempertingkatkan lagi amal ibadah kepadaNya...Semoge diri ini terus kuat menghadapi dugaan dan cabaran..i'Allah...

Buat semua....
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN....^^

**cop...cop...kenape tetibe aku boleh mimpi mak dia ek???Semoga mak dia sihat sentiasa..Amin..^^

Popular Posts

cenyuM.CenGet

cenyuM.CenGet
ngee^^

Dup Dap Dup Dap

Hari Bahagia SeAntero Dunia!!

Tetap berjalan walau mati~

Daisypath Friendship tickers

....

Daisypath Friendship tickers

Banyak lagi dalam Cenyum:Cenget

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...