Pages


Al-kisah diriku~

My photo
.::Love marshmallow::. .::Love to talk::. .::143 tillTheEndOfMyLife::.

Saturday, September 10, 2011

Sesalkah Aku? #Part 2

Sesalkah aku Part 2

“Laila…ko perasan tak?”soal Nabilah sambil memandang Laila, gadis genit yang sedang leka dengan dunianya. Laila rakan yang dikenalinya sejak dia masuk tingkatan 6 adalah seorang gadis yang periang, banyak cakap dan gila-gila. Tapi kadang kala perangainya sukar untuk ditafsir.

“Apa?” terkejut Laila apabila disoal dengan tiba-tiba.

“Ada budak baru masuk sekolah ni la! Tu ha..ko Nampak tak budak yang dengan Cikgu Yusof tu?”kata Nabilah sambil matanya meliar memandang ke luar kelas.

“Yeke? Mana kau tau? Budak form 6 jugak ke atau budak bawah-bawah kita? Hensem ke budak tu? Kalau hensem boleh jugak nak usyar-usyar ni”soal Laila lagi walaubagaimana pun matanya tetap tidak berpaling dari menatap buku Sejarah di atas meja.

“Ntahlah…aku pun tak perasan sangat budaknya hensem ke tak…sebab dia ngadap ke sana la…tapi tinggi la budaknya wei. Macam galah! Hoi! Ko ni…aku cakap dengan ko la, ko saje je ek!ggrrr...rajin la pulak minah ni hari ni kan” getus Nabilah.

“Ala ko ni…jap ar, tengah khusyuk ni nak baca buku…Nak cuba buat kata kunci yang pelik-pelik, biar aku senang ingat point-point sejarah ni.”Laila terus menatap buku di depannya manakala Nabilah telah beralih ke kumpulan rakan-rakan sekelas yang sedang ralit bercerita.


Suasana dalam kelas 6 Ceria itu agak bising disebabkan masing-masing sibuk dengan gossip dan cerita-cerita yang tak pernah putus. Setiap hari pasti ada saja cerita yang akan dikongsi bersama. Jumpa-jumpa pasti ada topik yang akan dibualkan oleh mereka.

“Assalamualaikum semua…Cikgu ada satu berita nak disampaikan…seperti yang kamu sedia maklum minggu hadapan sekolah kita akan mengadakan Minggu Cintakan Alam Sekitar, jadi cikgu nak kelas kamu bergabung dengan kelas satu lagi untuk buat satu persembahan sempena hari penutup Minggu Cintakan Alam Sekitar tu…boleh?”soal Cikgu Azilah.

Cikgu Azilah adalah guru yang mengajar subjek Geografi bagi pelajar-pelajar tingkatan 6 dan juga merupakan guru penyelaras tingkatan 6 di sekolah tersebut yang dikenali dengan nama YS singkatan bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Mohd Yunos Sulaiman.

“Hurmmm….cikgu!Kami nak buat persembahan apa?” soal Aida gadis yang berwajah manis dan sentiasa memberikan senyuman. Aida juga merupakan seorang pelajar yang ringan tulang serta komited dengan kerja yang dilakukan. Kebanyakan guru serta pelajar di sekolah tersebut sangat menyukai sikap Aida itu.

“Ouh…Cikgu cadangkan korang semua buat persembahan koir je. Sebab senang…lagipun tak payah susah-susah nak berlakon, ingat dialog ke ape. Lagu pulak cikgu dah ada, cuma nak kamu praktis je. Kalau boleh biarlah semua terlibat masa hari tu nanti.”terang cikgu Azilah kepada para pelajarnya.

“Boleh jeeeeee cikgu! Ditanggung beres!” Seraya Lukhman berkata dengan penuh semangat.

Oklah kalau begitu, so hari ni kita sambung tajuk semalam k. Sampai mana ek semalam?” soal Cikgu Azilah sambil menarik kerusi dan diletakkan di depan meja Aida dan Nabilah yang duduk di barisan hadapan sekali di dalam kelas 6 Ceria.

Kebiasaan bagi Cikgu Azilah kerana setiap kali kelas beliau akan menarik kerusi dan diletakkan di hadapan kelas. Walaubaimana pun, kerusi itu dibiarkan tanpa diduduki kerana katanya dalam etika perguruan, seorang guru tidak seharusnya mengajar sambil duduk. Kerusi itu hanya akan diduduki apabila beliau betul-betul tidak larat dan sudah penat untuk berdiri terus-menerus.

Tiba-tiba bunyi pintu diketuk sebelum sempat Cikgu Azilah menyambung sesi pengajarannya.


“Tok…tok…Assalamualaikum cikgu, ni hah..ada budak baru masuk sekolah ni. Jadi saya rasa lebih baik dia masuk kelas ni sebab kelas lagi satu tu pun dah penuh” kata Cikgu Fatimah yang merupakan Guru Penolong Kanan 1 sekolah YS.

“Ouh yeke. Baiklah kalau gitu..masuklah..kamu duduk kat bahagian belakang tu ada kosong”.ujar Cikgu Azilah kepada pelajar baru tersebut.

“Mari sini ke hadapan pelajar baru tadi…Sila kenalkan nama kamu dan asal kamu dari mana”.



……….



Kringgggggg!!!!!.....



==============bersambung==========
Nukilan yang hadir saat keserabutanku CenyumCenget ^^

Terima kasih kerana sudi membaca..Nantikan sambungannya k.
Pandangan dari anda sangat dialu-alukan dan dihargai.


Terlepas mengikuti episod sebelumnya? Klik link di bawah ini :)



No comments:

Popular Posts

cenyuM.CenGet

cenyuM.CenGet
ngee^^

Dup Dap Dup Dap

Hari Bahagia SeAntero Dunia!!

Tetap berjalan walau mati~

Daisypath Friendship tickers

....

Daisypath Friendship tickers

Banyak lagi dalam Cenyum:Cenget

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...